60% Lelaki Malaysia Tidak Subur, Tak Dapat Anak Terus Nak PoIigami, Dr Ini Sekolahkan Lelaki Fikiran KoIot


Perihal anak yang menjadi salah satu punca perkahwinan poligami. Seperti kes yang tular akhir-akhir ini, seorang influencer mengumumkan telah bernikah sekali lagi.

Selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan dengan isteri pertama, anak dikatakan sebagai asbab lelaki itu bernikah lagi dengan isteri kedua.

Doktor selebriti dan influencer, Dr Say Shazril yang pernah menjadi sebahagian golongan try to conceive (TTC) menyuarakan pendapat poligami demi mendapatkan zuriat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Hari ini saya mewakili persatuan TTC, lelaki bermasalah kesuburan terpanggil dengan reply Abang Tesla yang terbaru.

“Tidak dapat zuriat terus poligami, alasan ‘terpaling’ selamat untuk poligami di Malaysia ini.

“Kalau hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah pakai alasan ini. Tetapi zaman sekarang dengan medical technologies yang padu,  pilih jantina anak pun boleh (tetapi haram di sisi Islam).

“Setakat lima tahun kahwin tiada anak, itu kisah kecil. Kalau dengar kisah-kisah mereka yang TTC 11 tahun, 15 tahun, malah ada yang IVF sampai tiga, empat kali dan keguguran tetapi masih setia bersama.

“Tidakkah terfikir statement itu mengguris hati mereka?” titip Dr Say.

Dalam masa yang sama, Dr Say menyelar kaum lelaki yang terlalu yakin tentang tahap kesuburan sendiri.

Ujar Dr Say, tidak hanya kaum Hawa, suami yang TTC juga perlu melakukan pemeriksaan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Berapa yakinkah yang mungkin kamu bukan penyebab isteri tak dapat anak?

“Tahu tak 60 peratus lelaki di Malaysia didapati tidak subur.

“Dulu aku tak subur, empat tahun setengah berkahwin tidak dikurniakan anak. Maka aku dan isteri membuat pemeriksaan.

“Wife aku normal, tiada cyst atau saluran tersumbat. Aku pula yang sperma abnormal berbentuk pelik. Aku ubah lifestyle dan Alhamdulillah dua bulan membuat perubahan, akhirnya isteri mengandung.

“Jadi how confident are you apabila berkahwin baru, isteri baru boleh hamil? Nanti lima tahun kahwin yang kedua, tiada zuriat akan berpoligami kali ketiga menggunakan alasan yang sama,” ujarnya.

Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berharap agar hantaran media sosial berkaitan poligami disebabkan zuriat perlu memikirkan perasaan pasangan TTC yang lain.

“Aku tak boleh brain kekolotan pemikiran lelaki Melayu yang berfikir apabila tidak dikurniakan anak, semua salah isteri.

“Fikirlah dahulu sebelum cakap, tulis atau post sesuatu,” kongsi Dr Say.

Hantaran suami kepada Dr Azura Abas itu disokong warga maya terutamanya para pejuang garis dua. Ujar mereka:

– “Ramai lelaki di Malaysia menafikan masalah kesuburan mereka. Masyarakat kita, apabila pasangan berkahwin tiada anak, dituduhnya si isteri yang tak subur dan mandul.”

– “Saya sembilan tahun kahwin tidak dikurnia zuriat. Lihat anak kawan timbul rasa sedih. Tapi  saya yakin ALLAH Maha Adil. Bagi saya anak bukan jaminan kebahagiaan.”

– “Bukan sebab tiada anak tetapi hendak kahwin satu lagi.”

– “Saya sokong sebagai team TTC juga. Suami dan saya sama-sama merendah diri dan berusaha, tidak terdetik fikiran tentang berpoligami atau bercerai kerana tiada anak. Hanya pasangan TTC sahaja tahu dan fahami proses yang dilalui.”

– “Setuju dengaan Dr Say. Masalah mendapatkan anak, bukan salah pihak isteri sahaja. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Hal anak ini rezeki daripada ALLAH.”

Sebelum ini, Dr Say pernah mendedahkan beliau mengalami teratozoospermia iaitu sperma abnormal secara marfologi yang mana sejumlah kecil sahaja yang normal.

Data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tempoh 2010- 2019 menunjukkan kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatat keputusan abnormal.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts:

  • Cara mengurangkan asid urik berlebihan Cara mengurangkan asid urik berlebihan Asid urik merupakan hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purine dan ia akan disingkirkan menjadi najis atau urine. Ia dihasilkan apabila badan mensistesiskan… Read More
  • Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook Ramai di antara kita pernah cuba menukar nama glamor mereka bukannya sekali tapi mungkin beberapa kali. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka suka menukar nama 'Page Name… Read More
  • Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita (Gambar hiasan daripada watsons) Ramai di antara kita mesti pernah dengar apa itu jus pati ayam, atau lebih dikenali sebagai chicken essence. Ia mempunyai khasiat yang tinggi b… Read More
  • Perkara P4ntang Tentang Bilik Tidur Kita Perkara P4ntang Tentang Bilik Tidur Kita Mengidamkan sebuah rumah tidak semestinya sangat besar, tapi ia mesti cukup selesa dan boleh menyenangkan hati. Setelah balik dari kerja dengan rasa penat, stress dan tambahan pu… Read More
  • Jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout Penyakit gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan sukar disingkirkan dari badan ak… Read More